Thursday, December 06, 2012

If I want it, I'll find it

Aku stress betul la. Timetime nak berjimat lah kena bayar saman laaa, repair kereta laaa
[gaya taip macam dah dewasa]
p.s handle kereta tercabut, pesai tah =.=

PADAN MUKA DGN DIRI SENDIRI. Pffffttt.

Dan aku ni kalo mengidam sibuk duk gugel sana sini. Nak kan jugak. Pastu, mula la muka dan perut dah tak sekata. Apakah?? O__o



Alhamdullillah, benda yang aku nak tu, senang je nak dapat. Kikiki~

Aku nak Pavlova.
Aku gugel, dorang cakap kat Serai @ Empire Gallery Subang Jaya ada.
Weeeho! 6 mins from my houseeeee :D *big big grin*



Aku nak Creme Brulee
pssssttt, first&last time aku makan 2010 time kerja kt Dessert's Bar which now not exist anymore.
Aku gugel, creme brulee ni ada kat Upstairs Cafe which is a row next to SJMC (Subang Jaya Medical Centre) or SDHC (Sime Darby Health Care) #namabaru



And guess what, dinner harini je aku makan mihun goreng on 640pm, minuman kshtn on 730pm and nestum 2 packets + oat on 810pm tapi still laparkan something. Oh, I know, I'm on my way to the middle of month


Pelik TAPI benar, itulah ia..

p.s esok awal pagi aku dah plan nak makan nasi lemak. tak pedulikkk!

Thursday, November 29, 2012

Kumerindu

Assalamualaikum semua..

Ye, aku tau, tajuk post ni macam jiwang
tapi yela,
aku tengah buat assignment
Islamic Aqidah tajuk Beliefs in Angel

Duk gugel sana, gugel sini,
baca itu, baca ini,
tibatiba terbaca kisah Rasullullah [klik]

Ketika Baginda wafat,
Ketika Baginda dihina tapi Baginda tersenyum,
Rasa nak nanges je weyyyhh!

Aku rindukanmu, ya Rasullullah T.T
sangatsangat U.U

Ok. Nak sambung buat assignment sambil nanges rindukan Rasullullah.
Bye.
Wassalam

p.s Kalau dengar lagu Pemergianmu by In-team memang dah ngalir ler ayaq mata niiiii


Sunday, November 18, 2012

Schedule of the Year

This is what we called as Takwim UIA Gombak
or
Jadual CUTI pelajar UIA Gombak
or
seangkatan dengannya

sem 1 2012/13

sem 2 2012/13

sem 3 a.k.a short sem 2012/13
p.s I just don't know what to post hahahaha~

Sunday, October 14, 2012

Randome #4

Assalamualaikum kawankawan..

It's been a month
I didn't update my blog
None.

Haritu dah nak post,
tapi sebab susah guna kat handphone,
so hold la dulu :D

7 Oct
Aku jatuh dalam sungai
Sungai Pisang, Gombak
Kepala hantuk kat batu2 sungai
Sakit!
Now? I'm kind of fine (kot!)


10 Oct
Birthday aku
Ramai yang wish gak
Tapi aku tak sihat since aku jatuh sungai
I started to queasiness !


12 Oct - 14 Oct
Went to training
at Cameron Highland :O


Now, do the assignmentsszzzz
Now, Farhana is calling
Now, I hope all my friends out there make a du'as for me. Pls, doakan saya sihat kembali dan panjang umur.

p.s If I Die Young, hopefully we will meet again in Jannah. Amiiin~

Monday, September 17, 2012

Tertanya

Assalamualaikum semua..
Dah sebulan lebih tak menaip..
Banyak taip kat TWITTER jew! :D

Bak kata siapa tah,
ayat dia pun cheq tak hengat,
lebih kurang mcm ni la
Facebook and twitter ni menjatuhkan kuasa Blog =.=

Apa pun, aku tertanyalah dan tertanya

Kenapa laki-laki alim ni dalam diam minat perempuan tak bertudung atau seksi?

Aku tak nafikan. Dorang ada hak nak minat sesiapa pun.
Guwa tak boley halang maaa.
Takdak sapa boley halang k?!

Walau bagaimanapun, tolong lah wey
Minat diam-diam lah!

Tak payah la follow or like fanpage artis-artis yang tak menutup aurat tu

Korang bagi support k.
Perempuan-perempuan tu lagi suka!

P.S
would be me one-fine-day. InsyaAllah!

Monday, August 13, 2012

Masuk Syurga sesukahati, JOM!

Assalamualaikum..
Sementara tunggu waktu berbuka,
jom update blog! ngeh.ngeh.ngeh.

Siapa tau pintu-pintu syurga ada berapa?
(sila berdiri atas meja)

Syurga ada 8 pintu ye pelajar-pelajar sekalian *take note*
Manakala Neraka ada 7 pintu
Boleh google sendiri ye.. ;D

[sebab saya bukan nak kongsi berita pasal pintu-pintu ni, tapi nak kongsi apa yang saya dapat dan dah belajar dalam
Science of Qur'an bersama-sama Dr Radwan Jamal]

Syurga ni ada 8 pintu ke semuanya.
Untuk memasukinya amalkanlah amalan Rasullullah ini

Selepas mengambil wudu' baginda akan mendongak ke langit,
jari telunjuk dihalakan ke atas
dan baginda membaca
SYAHADAH
beserta
"Allahuma Ja'alni Minattawwabin,
wa Ja'alni minal Mutathohirin"

gugel

Dan seperti yang diketahui,
bulan Ramadan ni pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya
dan pintu Syurga dibuka seluas-luasnya

Sebelum terlambat, amalankanlah
Asyhadu Al Laa Ilaaha Illallah,
Astaghfirullah,
Nas'alukal Jannata wa
Na'uzubika Minan Naar
maksudnya : aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, aku memohon keampunan drpd-Nya, kami memohon juga kpd-Mu Syurga dan kami memohon kpd-Mu dijauhkan Api Neraka
(100x setiap hari)

p.s
minta dijauhkannnn. amiiin ya rabbal a'lamin

Sunday, August 12, 2012

Pemandangan pagi

Allahu Akbar! Subhanallah! Alhamdullillah!



Is it beautiful??
This picture was taken this morning from Mahalah Hafsa, Blok F, Room 4.3

next

tapak terminal. kanan tu terminal bus. kiri tu nursery or IIUM Kindergarten.

you guess ?
p.s gambar tapak terminal and rugby field sambungan post sebelum ni [klik]

Di sebalik UIA, ada apa?

Assalamualaikum semua. Haiiii *lambai lambai tgn*

Semalam sorang kawan aku ajak g round-round UIA / IIUM Gombak
Yela memandang ktorg dh dua sem kt sini
Tak pernah tau pun ceruk-ceruk UIA
Setakat centre, dah muak aku nengoknya

[Arghh ada lagi 3 tahun seh! #nakmuntah]

jalan . jalan . jalan :O

We found this place which is we never realized it before!

 

ini adalah .......... Rugby Field! What?!! RUGBY??! Tak percaya en. UIA pun xdak wakil rugby oih
 



jambatan ke tapak terminal.
sungai ni jernih gegila!
bukan mcm kt depan, teh susu basi
p.s So kawan semua, betul la pepatah ni "Jauh perjalanan, luas pengetahuan"

JANGAN DAH THIRD / FOURTH YEAR TAK TAU WUJUDNYA TEMPAT NI KAT UIA..!

 Hikmah Kembara by Mirwana 

Saturday, August 11, 2012

Ramadan, Exam dan Lailatul Qadr

Assalamualaikum..

Sekarang ni kita masih di bulan Ramadan
22 Ramadan 1433

So, tak payah la cakap pasal raya lagi k

Nak buat persiapan raya boleh
tapi jangan sampai mengabaikan
terawih dan perkara2 sunat yang lain


Alhamdullillah,
puasa saya masih lagi FULL #hoyeah

Exam saya pada 14 dan 16 Aug
iaitu 25 dan 27 Ramadan
Semoga dipermudahkan dan mendapat keputusan yang cemerlang
InsyaAllah~

'bittaufiq wannajah fi kulli imtihan. NAHWAL IMTIYAZ, Ainaa'

Di kesempatan ini,
saya nak mengucapkan

Selamat Menjalani Ibadah di 10 malam terakhir Ramadan.
Sama-samalah kita mendapatkan malam 1000 barakah itu.


p.s "Jangan dicari tanda-tanda Lailatul Qadr tapi buat amalan sunat, cari pahala dan kebesaran Allah" - UAI

Monday, July 23, 2012

Sihat ke Cantik?

Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan (maaf lewat) *kuis kuis karpet

TIGA benda kena jaga if nak kurus

1) Masa makan utama yang tetap
Masa makan utama kita ada 3 ; sarapan lunch & dinner. Tetapkan masa tersebut. Like what I do
- Bfast on 730am
- Lunch 1pm
- Dinner 630pm
Fixed. Tapi kdg kdg ada je terlewat atas sebab sebab tertentu.


2) Pengambilan kalori MESTI kurang dari pembakaran metabolisme
Purata pembakaran metabolisme perempuan adalah 2000 kalori. Lelaki 3000 kalori.
Bila makan, pastikan makanan yang anda ambil itu, kalorinya mesti KURANG daripada 2k - 3k
Ambil lebih protein; ikan, ayam bahagian dada.
Sepinggan nasi : 210 kalori + ikan 100 kalori (tinggi protein) + sayur 50 kalori + buah buahan 20 kalori = 380 kalori. Kalau dikurangkan nasi, lebih baik sbb kita nak tukarkan lemak kita kepada tenaga. So, kita tak perlukan sumber tenaga di sini.


3) Ambil air kosong di antara meal utama
Untuk maintainkan pembakaran kalori, di antara meal utama (bfast lunch dinner) ambil la air kosong kerana air kosong/suam/putih/masak/mineral satu satunya rezki dari Allah yang tiada walau 0.00001 kalori. Blh juga if nak amik snack or kuih muih tapi sebolehnya elakkan ye, kawan kawan.
Kalau kat asrama tu, ada minum pagi, minum petang, supper, ambil jela k. Bayarkan?


Untuk pembakaran pantas dan penjagaan jantung, amalkan exercise (jogging, swimming, cardio, dancing) 3 kali seminggu, 30 mins satu sesi *at least. Lebih banyak, lebih baik.

So far, saya amalkan, memang ada improvement ;) tapi macam saya sendiri, saya tak berapa amik nasi. Hanya sayur & ikan or ayam tang dada.


p.s Lose weight is difficult. But once you success, to Maintain the weight is double difficult. 

Monday, July 02, 2012

5 Benda yang tak Menggemukkan

Assalamualaikum,
kepada sahabat-sahabat yang membaca
Cewaaah! *beriya

Nak kongsi ni...

5 BENDA YANG ANDA MAKAN TAPI TAKKAN MENGGEMUKKAN!

Teruja tak wahai wanita-wanita sekaliannnnn... o_O

*betul ka dia ni? macam dak ja.. soksek soksek*


  1. Air putih atau air masak atau air mati atau air kosong atau air mineral (dan sepupu sepapat dgnnya) adalah satu satunya rezeki yang Allah kurniakan TIADA WALAU 0.0000001 KALORI. 
  2. Kurma atau lebih comey dipanggil Tamar, adalah salah satu makanan yang TAK menggemukkan.
  3. Madu. Madu TAK menggemukkan walaupun manis lagi gila dari tamar. Campurkan madu dgn air.
  4. Buah zaitun. Yang ni adalah fat nya sikit tapi ambil bebanyak pun TAKkan gemuk. Confirm.
  5. Buah tin. Sama mcm buah zaitun tapi kalo ambil bebanyak, muak juga. So berpadalah yeaaa. 



Ana pernah la terbaca/terdengar ayat ni (tak tau la Qur'an ke hadith ke..)

"Makanlah kamu dari rezeki Allah sumber dari alam. Tapi berpada-padalah".

Berpada-padalah ni ada banyakkkk maksudnya. Tapi hakikatnya ambil utk keperluan sahaja la. Pehe dok?



p.s nak tau madu asli tak, titikkan setitik madu kat mana-mana, tengok semut datang tak? if tak, madu asli le 
"wat thin ni waz zaitun..." - Surah at Tin

Saturday, June 23, 2012

What do I do?

Assalamualaikum, my readers :) *ewah cam ramai je baca*


It's been more than 2 weeks I stayed at home. Cuti final semester 2, 2011/12.
Supposed to till Sept, but I take short semester
or known as intersection (for UiTM's students)

So, I will register tomorrow - Mahalah (Hostel)

So far, alhamdullillah, during this holiday, I did something good *I guess*
which is I'm helped my mom to settle up the housework.
Even though, isn't good enough to be a wife, yet #opss
But I feel a lil grateful cause dapat tolong mak kan..


Since form 1, I stayed at hostel and every time cuti akhir tahun
I just lepak golek golek atas katil
Not doing much thing.
Why? Because that time I had a maid, hikhik.

And this time also, I did work out to make my hope come true
I WANNA BE SLIM AND HEALTHY!
Yes, that's I really wanna be from long long longggg time ago
Tapi bukan senang okay T_T
Seriously! You have to be very discipline..


Some of my friends, and even my sister asks me
"why you nak kurus? you just fine"
I replied "For Allah's Sake"

Don't ya know,
Malaysia is one of the countries that have BIG amount of obesity's people.. :O
Most of them are Malays (confirm lah pun, we're majority)

I had lose 5 kg :)

p.s so how about you people? remember, Allah takkan mengubah nasib seseorang.. what you waiting for?


Saturday, June 02, 2012

Men vs Women : Relation

Assalamualaikum semuaa. Saja buat tajuk gempiks kat situ. Okay, punch me, punch me. *dush dush*

Just nak kongsi 2 je benda. Janji. Dua. Je.

When a man has a relationship with a woman,
both of them only ask one thing from their partner.

Lagu background : One Thing by One Direction


Man : I just wanted you to understand me. Feel me. Stand on my feet. It doesn't matter you love me or not, just please, understand me & any of my situations.

Woman : I don't care if you're not understand me well. Me myself sometimes I'm also don't know what I want it. But, please, love me like you never love anybody before.

p.s the answer is your hand. think wise and twice :)

Friday, June 01, 2012

Export vs Import



wiki. wiki.
Export is blablabla, meanwhile, Import is blablabla.

Ok, I'm not going to talk lots on export import things to others country or whatever it is..

Haritu,,,
Sembang sembang dgn Kak Nur 'Hayati Suhaimi.
So, tunang beliau, Abg Fikri ada la cakap pasal
Manusia Export vs Manusia Import 

Hah, what is Manusia Export, Manusia Import ni?

As we know, export means we give to other
Import in another hand, we take/accept from other


How to not get confused with these two terms?
EXport = EXit = OUT..
IMpost = I am = People give it to me, and its MINE..

Manusia Export adalah manusia yang suka memberi
Beri ilmu pengetahun, beri nasihat, beri sedekah and so forth

Manusia Import adalah manusia yang SUKA menerima
Terima hadiah, terima pujian, terima kasih #eh #eh

So, which one you are?

p.s
Fikir-fikirkanlah

Monday, May 21, 2012

Panduan & Cerita

Assalamualaikum and a very good morning to all :) Tazkirah pagi ni, saya nak kongsikan ada 1 panduan dan 1 cerita.


PART ONE
)': Menangis vs Ketawa :D

Islam tak larang kita, Muslim semua utk ketawa. Ketawa itu fitrah. Semua orang pernah ketawa. Tapi Islam, as usual adele panduan utk ketawa. Bukan main hentam kormo kau nak ketawa sukasuka. Penampor mau?
Islam bagi panduan macam ni...

1) Hang boleh ketawa TAPI kena tengok punca utama hang ketawa. Pasai pa hang suka sgt nihh? DOSA sama sekali ketawa pasal p gelakkan orang lain yg terjatuh ke, terkencing ke, kena marah ke.. DOSA hokkay!

2) Ekau nok golak kotawa goyang golek boley jo, asal cara ekau golak tak macam Ponti.. (mengilai/terbahak)

3) Lu nak ketawa jangan sampai orang teraso k. Ada orang tak kisah pun orang gelak pasal dia. Tapi mostly, ramai yang akan terasa apabila kita terbuat yang larang pertama tadi.

Menangis pun sama jew. Siapa sini lahir jew kat dunia, tak menangis? Keluar jew dari perut ibu, mak, mummy, ummi diammmm jew. Tak pun lagi haru gelak bila lahir. Ado? Takde k. Takde. Semua lahir menangis. Tapi, janganlah tangisi anda adele sbb keduniaan. Cth : Bercinta sampai nak mampuih, alih2 the man/woman dumb you. You all pun menangeh tak henti henti sampai buta. Huish! DOSA k sbb tak redha dgn ketentuanNya, Tak ley tau.



PART TWO
Business of Busy-ness? $_$

"Berniagalah anda bukan untuk kayakan diri tetapi untuk kayakan agama" - Chinese Proverbs

Hasan Al-Basri mempunyai 2 orang anak. Sebelum beliau meninggal, beliau berpesan pada anak-anaknya
"Anakku, 2 rahsiaku untuk berjaya dalam perniagaan. Pertama, janganlah kamu mengutip hutang. Kedua, jangan kamu kena cahaya matahari" Anak-anak Hasan Al-Basri pun menjalankan perniagaan berdasarkan nasihat ayah mereka.

Walau bagaimanapun, perniagaan adik semakin lama semakin merosot. Manakala, abang pula makin hari makin. Maka, ibunda mereka memanggil mereka lalu bertanya "Bagaimana pernigaan kamu? Adakah kamu mengikut seperti pesan ayahmu?"

Si adik menjawab "perniagaanku makin merosot tetapi aku menuruti pesan bapaku. Jangan kutip hutang = apabila ada customer yang ingin berhutang, kuberikan tetapi kemudiannya mereka pergi dan tidak datang semula. Aku juga sentiasa membawa payung bersama untuk mengelakkan cahaya matahari".

Si abang berkata "aku berbeza. Perniagaanku berjalan lancar. Aku tak pernah memberi hutang kepada sesiapa pun. Dan aku juga keluar pada dinihari dan pulang semula ke rumah pada waktu malam utk mengelakkan cahaya matahari (bangun pagi & balik malam, berusaha dgn rajin & tekun)


P.s the conclusion you may made it by yourself. You can think wisely. You can think deeply ;]

Saturday, May 12, 2012

Nah, untuk awak!

Kadang - kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkan kita sayang pada yang
mengurniakan rasa sayang itu?
Dan masihkan kita percaya pada
aturan DIA?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita
sayangi, lebih daripada segala - galanya.

Dan
kadang - kadang,
Allah ambil juga kembali orang - orang
yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untuk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu
menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk
disayangi lebih daripada yang mahu
kita lakukan.

Credit to Nirrosette (author) and Ninie Auji (who gave me to borrow this book) ;]


Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #3 One-Fine-Day

Assalamualaikum. A very good wednesday. Here's the post


p.s do recognize my eyes, friend :)

Sunday, April 22, 2012

Whatever LIFE!

Live for the sake of living
Love till your heart is breaking
Give your all and don't hold back, tell the truth and don't forget to
Laugh till your body's aching
Cry till your hands are shaking
                                                                                                                                    ~ Haylie Duff ~

Assalamualaikum to my dearest readers :) Have you listen to this song? It's cool and meaningful, though.

Who said all the English's/Western's songs are suck?
Who said most of the English's/Western's songs are rude?
Who said almost of the English's/Western's songs are meaningless?
Pervert? Stupid? No value?
Who said that??

I do admit that there are a Western's songs like that..

But as a Muslim, we should find something good
from others culture, morals and so forth.

It depends on you.!



p.s I love 'Stronger' by Kelly Clarkson :)

Saturday, April 21, 2012

Berebut punya pasal daa

Salam. Here's my schedule for my short semester which is InsyaAllah will start on 24th of June 2012


And below, is my schedule for my long sem which is InsyaAllah start on 9th Sept 2012 :)


p.s setelah berhempas pulas berebut register online dgn budak UIA lain.. Ni lah kemanisannya ^_^

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #2 DOTE

DOTE means Don't Open This Entry :D


p.s tengah buat assignment RASOK, ni dah tak ley pikir, tu post benda merapik. kikiki~

Saturday, April 07, 2012

Random #3

Assalamualaikum.

Yeah, today is 7th of April
"Sanah Helwah to my friend, Nike"
yang sekarang berada di Jordan
p.s Cheq hilang number hang la. Tak tau nak contact camno. Wish kat blog je ler.



Yesterday was 6th of April
I did wished birthday to
Raja Nur Atikah bt Raja ... (cant remember the name)

I just done memorise 7 out of 8 hadith *alhamdullillah
Another 1 for SOHA (Sc of Hadith)
Another 3 for Halaqah -____-

Today's night, I'm going to sit for COMM 1010 mid paper
(please let me get 30/30)**amiin~



What I am doing right now is..
Try to finish up SOHA's assignment
Due date is this Sunday <ergh!>

The time is nearly to 2AM

Ninie didn't contact me since the incident -.-"

Oh ya, I renew my sim card about 4 months ago
From 600+ contacts, now I just have 100+
I'm waiting for ya to contact me :D

Goodnight. Salam~

p.s
I am Celcom User forever!

Sunday, March 25, 2012

Mohonku padaMu

A'u'zubillah himinashaiton nirrajim

Bismillah hirrahman nirrahim

Dengan nama-Mu ya Allah,

Aku memohon pada-Mu,

Aku berserah diri pada-Mu,

Kau letakkanlah perasaan rinduku ini
pada mereka yang hanya perlu dirindui,



Rindu pada-Mu,

Rindu ada kekasih-Mu, Rasullullah,

Rindu pada ibubapaku,

Rindu pada adik-beradikku,

Rindu pada saudara-maraku,

Rindu pada guru-guruku,

Rindu pada kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabatku,

Dan mereka yang halal utk dirindui.

p.s thanks bagi semangat!