Saturday, May 12, 2012

Nah, untuk awak!

Kadang - kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkan kita sayang pada yang
mengurniakan rasa sayang itu?
Dan masihkan kita percaya pada
aturan DIA?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita
sayangi, lebih daripada segala - galanya.

Dan
kadang - kadang,
Allah ambil juga kembali orang - orang
yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untuk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu
menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk
disayangi lebih daripada yang mahu
kita lakukan.

Credit to Nirrosette (author) and Ninie Auji (who gave me to borrow this book) ;]