Monday, May 21, 2012

Panduan & Cerita

Assalamualaikum and a very good morning to all :) Tazkirah pagi ni, saya nak kongsikan ada 1 panduan dan 1 cerita.


PART ONE
)': Menangis vs Ketawa :D

Islam tak larang kita, Muslim semua utk ketawa. Ketawa itu fitrah. Semua orang pernah ketawa. Tapi Islam, as usual adele panduan utk ketawa. Bukan main hentam kormo kau nak ketawa sukasuka. Penampor mau?
Islam bagi panduan macam ni...

1) Hang boleh ketawa TAPI kena tengok punca utama hang ketawa. Pasai pa hang suka sgt nihh? DOSA sama sekali ketawa pasal p gelakkan orang lain yg terjatuh ke, terkencing ke, kena marah ke.. DOSA hokkay!

2) Ekau nok golak kotawa goyang golek boley jo, asal cara ekau golak tak macam Ponti.. (mengilai/terbahak)

3) Lu nak ketawa jangan sampai orang teraso k. Ada orang tak kisah pun orang gelak pasal dia. Tapi mostly, ramai yang akan terasa apabila kita terbuat yang larang pertama tadi.

Menangis pun sama jew. Siapa sini lahir jew kat dunia, tak menangis? Keluar jew dari perut ibu, mak, mummy, ummi diammmm jew. Tak pun lagi haru gelak bila lahir. Ado? Takde k. Takde. Semua lahir menangis. Tapi, janganlah tangisi anda adele sbb keduniaan. Cth : Bercinta sampai nak mampuih, alih2 the man/woman dumb you. You all pun menangeh tak henti henti sampai buta. Huish! DOSA k sbb tak redha dgn ketentuanNya, Tak ley tau.



PART TWO
Business of Busy-ness? $_$

"Berniagalah anda bukan untuk kayakan diri tetapi untuk kayakan agama" - Chinese Proverbs

Hasan Al-Basri mempunyai 2 orang anak. Sebelum beliau meninggal, beliau berpesan pada anak-anaknya
"Anakku, 2 rahsiaku untuk berjaya dalam perniagaan. Pertama, janganlah kamu mengutip hutang. Kedua, jangan kamu kena cahaya matahari" Anak-anak Hasan Al-Basri pun menjalankan perniagaan berdasarkan nasihat ayah mereka.

Walau bagaimanapun, perniagaan adik semakin lama semakin merosot. Manakala, abang pula makin hari makin. Maka, ibunda mereka memanggil mereka lalu bertanya "Bagaimana pernigaan kamu? Adakah kamu mengikut seperti pesan ayahmu?"

Si adik menjawab "perniagaanku makin merosot tetapi aku menuruti pesan bapaku. Jangan kutip hutang = apabila ada customer yang ingin berhutang, kuberikan tetapi kemudiannya mereka pergi dan tidak datang semula. Aku juga sentiasa membawa payung bersama untuk mengelakkan cahaya matahari".

Si abang berkata "aku berbeza. Perniagaanku berjalan lancar. Aku tak pernah memberi hutang kepada sesiapa pun. Dan aku juga keluar pada dinihari dan pulang semula ke rumah pada waktu malam utk mengelakkan cahaya matahari (bangun pagi & balik malam, berusaha dgn rajin & tekun)


P.s the conclusion you may made it by yourself. You can think wisely. You can think deeply ;]

Saturday, May 12, 2012

Nah, untuk awak!

Kadang - kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkan kita sayang pada yang
mengurniakan rasa sayang itu?
Dan masihkan kita percaya pada
aturan DIA?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita
sayangi, lebih daripada segala - galanya.

Dan
kadang - kadang,
Allah ambil juga kembali orang - orang
yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untuk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu
menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk
disayangi lebih daripada yang mahu
kita lakukan.

Credit to Nirrosette (author) and Ninie Auji (who gave me to borrow this book) ;]