Seperti yang dijanjikan (maaf lewat) *kuis kuis karpet
TIGA benda kena jaga if nak kurus
1) Masa makan utama yang tetap
Masa makan utama kita ada 3 ; sarapan lunch & dinner. Tetapkan masa tersebut. Like what I do
- Bfast on 730am
- Lunch 1pm
- Dinner 630pm
Fixed. Tapi kdg kdg ada je terlewat atas sebab sebab tertentu.
2) Pengambilan kalori MESTI kurang dari pembakaran metabolisme
Purata pembakaran metabolisme perempuan adalah 2000 kalori. Lelaki 3000 kalori.
Bila makan, pastikan makanan yang anda ambil itu, kalorinya mesti KURANG daripada 2k - 3k
Ambil lebih protein; ikan, ayam bahagian dada.
Sepinggan nasi : 210 kalori + ikan 100 kalori (tinggi protein) + sayur 50 kalori + buah buahan 20 kalori = 380 kalori. Kalau dikurangkan nasi, lebih baik sbb kita nak tukarkan lemak kita kepada tenaga. So, kita tak perlukan sumber tenaga di sini.
3) Ambil air kosong di antara meal utama
Untuk maintainkan pembakaran kalori, di antara meal utama (bfast lunch dinner) ambil la air kosong kerana air kosong/suam/putih/masak/mineral satu satunya rezki dari Allah yang tiada walau 0.00001 kalori. Blh juga if nak amik snack or kuih muih tapi sebolehnya elakkan ye, kawan kawan.
Kalau kat asrama tu, ada minum pagi, minum petang, supper, ambil jela k. Bayarkan?
Untuk pembakaran pantas dan penjagaan jantung, amalkan exercise (jogging, swimming, cardio, dancing) 3 kali seminggu, 30 mins satu sesi *at least. Lebih banyak, lebih baik.
So far, saya amalkan, memang ada improvement ;) tapi macam saya sendiri, saya tak berapa amik nasi. Hanya sayur & ikan or ayam tang dada.
p.s Lose weight is difficult. But once you success, to Maintain the weight is double difficult.